Performances

Assalamualaikum semua,

Mesti semua terkejut sebab ni dah lama tak post ni .Actually , blog ni diubah suai habis semua dah delete.Minggu depan macam-macam akan berlaku kat sekolah contohnya macam
Hari Anugerah Cemerlang, PIBG all of those things lah. Sebenarnya Esya dengan kawan sekelas kena buat persembahan. Cikgu suruh kami buat  tarian endang. Buat pertama kali dengar tarian tu ingatkan macam tarian zapin kena berpasangan lah , berdiri duduk lah , gerakan tangan kena macam tu macam ni lah. Rupa rupanya hanyalah tarian yang kita perlu duduk buat gaya guna tangan je . Kalau korang ada peluang boleh lah cuba sebab latihan dia best , Esya enjoy latihan dia . SYOK! (syok sangat lah kononya tu hm ) Dah lama tak buat tarian semenjak tadika dulu tu pun waktu kecil buat zapin. Kelakar je bila teringat balik. Jadi , Esya nak recommend yang kalau korang ada peluang try la tarian tradisonal macam ni sebab bagus untuk kita tahu dancuba tarian tradisional negara kita sendiri.. Lagipun kita warganegara Malaysia right? Why not ?
Cakap pasal aktiviti macam ni risau lah nanti watikah pelantikan sebab daisy ni tak kemas mana pun bila pakai baju pengawas.Naik pentas alah benda benda macam tu . Tahun lepas pun buat koir pun nervous sampai lupa step(lambat actually) Harap harap tahun ni tak macam tu lagi lah sebab tahun ni untuk anugerah cemerlang kena perform dua performance. Koir dan tarian. Esya berharap sangat tak lupa step. Dah lah Esya  duduk depan. Habis malu satu kelas nanti kalau buat salah. Banyak sangat dah kes kitorang buat  tahun ni laju gila berita tu tersebar (amboi kes ) Mesti ada  kesalahan disiplin yang classmate buat apatah lagi peraturan sekolah .
 p/s : sekolah kami peraturan dia agak straight . sangat teliti pasal murid -murid. Well, school...

xoxo, Esya


❤️

Comments